Wakaf

Pengertian Wakaf

Istilah Bahasa

Menahan, Menghalang

Istilah Syarak

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Wakaf Tunai

Wakaf Tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan MAIN atau nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan dan amal jariah.

Wakaf Tunai MAIPs

Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.

Objektif

  • Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang sangat dituntut dalam Islam.

  • Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat untuk menyertai ibadat wakaf walaupun tanpa aset kekal.

  • Masyarakat dapat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini untuk menggerakkan pembangunan sosio ekonomi umat Islam.

Manfaat Am

Wakaf Tunai Manfaat Am ini akan ditadbir oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang projek wakaf yang akan disuai manfaat seperti segmen kesihatan, ilmu, sosial dan sebagainya. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

Wakaf Tunai Khas

Al-Quran/Kitab

Wakaf Tunai Khas ini akan ditadbir oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan wakaf al-Quran dan Kitab bagi agihan kepada masyarakat dan mereka yang berkeperluan.

Pembinaan/Penyelenggaraan Masjid/Surau

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan sebarang pembinaan dan penyelenggaraan masjid. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah. Perkara ini adalah selari dengan Keputusan Jawatankuasa fatwa Negeri Perlis:



Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markas dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.

*Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali ke-30/2017: Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid, 5 Jun 2017/ 10 Ramadan 1438h
Penyelenggaraan Tanah Perkuburan

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan penyelenggaran tanah perkuburan Islam. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

Pusat Autisme

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pelaksanaan pembinaan dan penyelenggaraan Pusat Autisme Negeri Perlis di Tanah Wakaf MAIPs di Behor Lalang, Simpang Empat.

Pusat Komuniti

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk pembinaan dan penyelenggaraan sebarang Pusat Komuniti yang memberikan manfaat kepada umat. Agihan Manfaat adalah bergantung kepada keperluan dan pertimbangan MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf dan amanah.

Wakaf Ilmu UniMAP

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Perlis.

Wakaf Ilmu UiTM

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi MARA Perlis.

Wakaf Ilmu KUIPs

Wakaf Tunai Khas ini akan dilaksanakan dengan penuh beramanah oleh Pengurusan MAIPs untuk sebarang program wakaf ilmu dengan kerjasama pihak Kolej Universiti Islam Perlis.

Dalil Pensyariatan Wakaf

Scroll to Top